Konsesi perkhidmatan Spanco

Pada 1993, Spanco diberi perjanjian konsesi selama 25 tahun dengan kerajaan Malaysia bermula 1994, yang membenarkan syarikat itu menyediakan dan memajak kereta dengan perkhidmatan penyelenggaraan penuh untuk kerajaan.[3] Setelah perjanjian tersebut berakhir padsa 2019,[4] tender terbuka dilancarkan untuk penganugerahan kontrak seterusnya, dan dianugerahkan kepada persepakatan syarikat Berjaya Group dan Naza Sdn Bhd melalui sebuah surat hasrat. Walau bagaimanapun, pada 2020, surat hasrat tersebut dibatalkan dan konsesi dianugerahkan semula kepada Spanco.[3]